Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

S
Apakah syarat dan pengiraan zakat emas?
J
Syarat-syaratnya Islam, Merdeka, Sempurna Milik, Cukup Nisab dan cukup Haul.
S
Harga emas untuk tahun 2004 & 2005?
J
Sila hubungi pihak PPZ-MAIWP untuk mendapatkan harga emas bagi tahun-tahun lepas.
S
Adakah emas yang dibeli untuk anak perlu dizakatkan atau bawah tanggungjawab anak untuk tunaikan memandangkan dia sudah bekerja?
J
Emas yang dipakai oleh anak yang melebihi uruf wajib dikenakan zakat dan kewajipan tersebut menjadi tanggungjawab kepada anak yang telah pun bekerja.
   
S
Berapakah nisab bagi emas yang dipakai dan emas yang tidak dipakai?
J
Nisab bagi emas yang dipakai apabila melebihi kadar uruf (kadar kebiasaan pemakaian) iaitu bersamaan 150gram emas manakala bagi emas yang tidak dipakai beratnya melebihi 85gram.
   
S
Nilai uruf dan nisab untuk tahun 2004 & 2005?
J
Sila hubungi pihak PPZ-MAIWP.( Sila click *page uruf* dan *page nisab*)
S
Berat bagi emas yang dipakai dan emas yang tidak dipakai?
J
Berat emas yang dipakai sekira beratnya melebihi 150gm manakala emas yang disimpan melebihi 85gm.
S
Pengiraan berat emas 85 gram berdasarkan apa?
J
Tiada hadis mengenai nisab emas yang sekuat mengenai nisab emas dan disebabkan itu tiada berlaku ijma’ ulama tentangnya. Mengikut Jumhur Fuqaha’ kadar nisab emas ialah 20 dinar iaitu mengikut perhitungan sekarang ialah 85 gram emas. Wallahu’alam.
 
© Copyright PPZ 2006