
Skim yang ditawarkan oleh Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi menggalakkan Pembayar Zakat PPZ-MAIWP dan Pendeposit Akaun SSPN-i mendidik anak-anak mereka tentang kewajipan membayar zakat disamping meningkatkan tahap kesedaran menabung bagi tujuan pendidikan.
BILAKAH SKIM DZAS BOLEH DISERTAI?
Skim DZAS boleh disertai mulai 11 Mac 2021 sehingga 31 Disember 2021, tertakluk kepada 5,000 peserta terawal.
INSENTIF SKIM DZAS
- Menerima Sumbangan Pendidikan PPZ-MAIWP bernilai RM100.00 setiap 3 tahun sekali & didepositkan terus ke Akaun Simpanan SSPN-i sehingga penerima manfaat berumur 18 tahun.
- PPZ-MAIWP & PTPTN menaja pendaftaran pembukaan Akaun SSPN-i sebanyak RM20.00 bagi mana-mana peserta yang belum membuka akaun simpanan tersebut.
- Menerima sumbangan Skim Kafalah Muzakki (Khairat kematian) sehingga RM3,000.00 (Tertakluk terma dan syarat Skim Kafalah Muzakki).
- Lain-lain keistimewaan yang disediakan oleh PTPTN untuk pendeposit Akaun SSPN-i.
TERMA & SYARAT KELAYAKAN MENYERTAI SKIM DZAS
- Warganegara Malaysia yang mencukupi syarat-syarat wajib berzakat.
- Membayar Zakat Harta (Ibu/bapa/penjaga & anak-anak) di PPZ-MAIWP dalam tempoh Januari sehingga Disember 2021.
- Membayar Zakat Harta mengikut kadar sebenar jumlah taksiran atau bayaran serendah RM100.00 setahun seorang.
- Akaun SSPN-i yang berkenaan tidak ditutup sehingga penerima manfaat berumur 18 tahun.
- Peserta Skim di kalangan anak-anak pembayar zakat mestilah merupakan anak kandung / anak angkat yang berumur 15 tahun dan ke bawah.
- Pendaftaran skim mesti melalui ibu / bapa / penjaga.
CARA MENYERTAI SKIM DZAS
- Pembayar Zakat boleh menyertai Skim ini dengan lengkapkan borang penyertaan Skim DZAS secara online melalui portal rasmi PPZ-MAIWP atau portal rasmi PTPTN tertakluk kepada 5000 peserta yang terawal.
- Ibu / bapa / penjaga & anak-anak membayar Zakat Harta disemua saluran pembayaran zakat di PPZ-MAIWP mengikut kadar sebenar jumlah taksiran dengan bayaran serendah RM100.00 seorang dalam tempoh Januari sehingga Disember 2021.
- Pendaftaran skim mesti melalui ibu / bapa / penjaga.
- Pastikan anak-anak (anak kandung / anak angkat yang sah) masih berumur 15 tahun dan ke bawah pada tahun 2021.
- Status pendaftaran berjaya akan diberitahu melalui e-mel kepada ibu / bapa / penjaga & anak-anak oleh PPZ-MAIWP.
- Status pendaftaran Skim DZAS boleh juga disemak melalui portal PPZ-MAIWP, Kaunter PPZ-MAIWP atau di Talian Zakat 1300 88 5757.
- Pemakluman Akaun SSPN-i yang berjaya dibuka bagi yang belum mempunyai Akaun SSPN-i akan diberitahu melalui e-mel oleh pihak PTPTN.
ILUSTRASI PENERIMAAN INSENTIF SKIM DZAS
Insentif yang akan diterima oleh peserta skim sekiranya berumur 13 tahun dan belum
membuka Akaun SSPN-i.