Nama
Kata Laluan
 
     
 
RINGKASAN
 
     
 

Idea penubuhan PDPPZ-MAIWP lahir dari bekas pengerusi PPZ-MAIWP Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar setelah melihat betapa sukarnya pesakit-pesakit buah pinggang yang tidak berkemampuan mendapat rawatan hemodialisis kerana kosnya yang agak tinggi. Fakta juga menunjukkan bahawa berlaku peningkatan pesakit buah pinggang yang agak ketara terutamanya di kalangan masyarakat Islam di negara kita. Justeru, menyedari hakikat ini, kertas kerja penubuhan PDPPZ-MAIWP telah dibentangkan di dalam Mesyuarat Lembaga Pengarah PPZ dan mendapat kelulusan pada 12 Oktober 2004.

Tanpa bermotifkan keuntungan, PPZ telah melantik Pusat Dialisis Aiman sebagai pengendali pusat dialisis berdasarkan pengalaman yang ada pada mereka. Manakala segala kos operasi ditanggung sepenuhnya oleh PPZ melalui upah amil yang diterima dari kutipan zakat yang dikumpulkan.

Adalah diharapkan dengan wujudnya PDPPZ-MAIWP ini, pesakit yang tidak berkemampuan untuk menjalani rawatan hemodialisis boleh mandapatkan rawatan tersebut dengan mudah. Keselesaan pesakit menjadi keutamaan kami sebagaimana aspek kualiti yang sentiasa menjadi keutamaan dalam menawarkan perkhidmatan kepada masyarakat Islam yang berurusan dengan PPZ.

 
   
 
  © Copyright 2007 Pusat Dialisis PPZ-MAIWP