Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

Arkib Berita 2008 2007 2006 2005 2004 2003
Halaman 1 2 3 4 5

124 wakil syarikat hadiri seminar zakat perniagaan

Kuala Lumpur, 29 Mac 2005 – Kira-kira 124 wakil syarikat menghadiri seminar zakat perniagaan anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan kerjasama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Kuala Lumpur (DPMMKL) bertemakan Zakat Penjana Ekonomi Ummah diadakan di Hotel Grand Season, Jalan Pahang di sini hari ini.

Selanjutnya >>

Jabatan Wakaf Zakat dan Haji kunjungi PPZ

Kuala Lumpur, 29 Mac 2005 – Ketua Pengarah Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JWZH), Dr. Haji Ahmad Shah Mohd Noor bersama enam pegawai kanannya mengadakan lawatan ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di pejabat Daruzzakah di sini hari ini.

Selanjutnya >>

100 pegawai tentera hadiri taklimat zakat

Kuala Lumpur, 28 Mac 2005 – Kira-kira 100 pegawai pentadbir tentera menghadiri majlis taklimat zakat anjuran Bahagian Perkhidmatan Anggota ,Angkatan Tentera Malaysia (BPA, ATM) dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang diadakan pada jam 2.30 petang di Pangkalan Tentera Udara Kuala Lumpur hari ini.

Selanjutnya >>

22 keluarga mangsa tanah mendap dapat bantuan

Kuala Lumpur, 25 Mac 2005 – Bantuan wang tunai sebanyak RM3850 diagihkan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) menerusi Skuad Bantuan Kecemasannya kepada 22 ketua keluarga mangsa kejadian tanah mendap di Jalan Air Madu, Setapak dekat sini hari ini.

Selanjutnya >>

Pengarah JAWI lawat PPZ

Kuala Lumpur, 22 Mac 2005 – Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang baru dilantik penghujung Februari lalu, Haji Che Mat Che Ali mengadakan kunjungan ke pejabat Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pada jam 4.00 petang di bangunan Daruzzakah di sini hari ini.

Selanjutnya >>

Rumah anak Yatim di Banda Aceh dan Sigli

Kuala Lumpur, 21 Mac 2005 - Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dengan Islamic Outreach ABIM mengadakan satu kerjasama untuk membantu masyarakat Aceh yang dilanda ombak besar Tsunami dengan menubuhkan Rumah Anak Yatim Aceh bertempat di Banda Aceh dan Sigli.

Selanjutnya >>

Skuad Bantuan Kecemasan lawat balai bomba

Kuala Lumpur, 1 Mac 2005 – Seramai 11 anggota Skuad Bantuan Kecemasan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) mengadakan lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat di Jalan Hang Tuah di sini hari ini.

Selanjutnya >>

PPZ anjur seminar zakat dan ceramah motivasi

Labuan, 19 Januari 2005 – Pusat Pungutan Zakat (PPZ) akan menganjurkan seminar zakat yang bertema ‘Zakat Membawa Berkat” dan ceramah motivasi pada 27 dan 28 Januari depan. Seminar zakat melalui potongan gaji diadakan pada jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari di Dewan Besar Hotel Sheraton , Labuan. Para peserta yang akan turut serta di seminar dari kalangan majikan swasta dan kerajaan yang beroperasi di Labuan.

Selanjutnya >>

Halaman 1 2 3 4 5
 
 
© Copyright PPZ 2006