Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

Halaman 1

Baitulmal agih RM4 juta untuk golongan fakir
Oleh: Penulis Baitulmal

Kuala Lumpur, 12 Mei 2008 - Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM4,077,300 kepada 5,763 penerima bantuan kewangan bulanan bagi tempoh April hingga Jun tahun ini. Penerima bantuan ini diberikan khusus golongan asnaf fakir, miskin dan muallaf yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Selanjutnya>

Perkim, Darul Fitrah Terima RM200 ribu
Oleh: Dr Muhammad Yamin Ismail

Kuala Lumpur, 21 Mac 2008 - Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) dan Persatuan Darul Fitrah Malaysia masing-masing menerima cek bernilai RM100ribu daripada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam satu majlis ringkas di pejabat Baitulmal tingkat 2 ,Daruzzakah di sini hari ini.

Selanjutnya>

13 Hafiz Al-Quran Terima RM44 ribu
Oleh: Dr Muhammad Yamin Ismail

Kuala Lumpur, 27 Mac 2008 - Seramai 13 peserta menerima M44,000 dalam Skim Galakan Hafaz Al-Quran yang dilancarkan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam satu majlis ringkas pejabat Baitulmal di sini hari ini.

Selanjutnya>

OKU Terima Sumbangan Baitulmal RM50 ribu
Oleh: Dr Muhammad Yamin Ismail

Kuala Lumpur, 3 April 2008 - Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyerahkan cek bernilai RM50 ribu kepada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) untuk membiayai kos pentadbiran dan aktiviti persatuan itu.

Selanjutnya>

Penerima Anugerah Terima RM6000 Sumbangan Baitulmal
Oleh: Dr Muhammad Yamin Ismail

Kuala Lumpur, 5 April 2008 - Tiga penerima anugerah di Majlis Sambutan Maulidurasul Peringkat Wilayah Persekutuan menerima sumbangan RM6000 dari Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Selanjutnya>

CADS Terima RM120 ribu Wang Baitulmal
Oleh: Nuur Fahmi Massailan

Kuala Lumpur, 9 April 2008 - Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberi sumbangan sebanyak RM120,000 kepada Persatuan Pusat Pembangunan Potensi (CADS) dalam satu majlis ringkas di pejabat Baitulmal, tingkat 2, Bangunan Daruzzakah, Kuala Lumpur di sini hari ini.

Selanjutnya>

25 Sertai Kursus Bakeri Anjuran Baitulmal
Oleh: Dr Muhamamd Yamin Ismail

Kuala Lumpur, 21 April 2008 - Seramai 25 penerima bantuan kewangan bantuan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyertai kursus teknologi makanan (bakeri) pada 11 hingga 13 April lalu anjuran Baitulmal dengan kerjasama Bakeria Akademi di Wangsa Maju di sini.

Selanjutnya>

Halaman 1
 
© Copyright PPZ 2006