 |
 |
 |
Haji Othman Mustapha bergambar bersama-sama penerima Skim Bantuan Galakan Hafaz al-Quran. |
Penerima-penerima Skim Bantuan Galakan Hafaz al-Quran MAIWP 2007 |
Adik Muhammad bin Ahmad Zahid, penerima terbaik (30 juzuk)
bagi Skim Galakan Hafaz al-Quran MAIWP 2007
|
13
Hafiz Al-Quran Terima RM44 ribu
Oleh: Dr Muhammad Yamin Ismail
KUALA
LUMPUR, 27 Mac 2008 – Seramai 13 peserta
menerima M44,000 dalam Skim Galakan Hafaz Al-Quran
yang dilancarkan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (MAIWP) dalam satu majlis ringkas pejabat
Baitulmal di sini hari ini.
Ketua
Pegawai Eksekutif MAIWP, Haji Othman Mustapha, berkata
di majlis pelancaran skim itu yang julung kali diadakan
berkata ia bermatlamat memberi insentif kepada para
penghafaz al-Quran di Wilayah Persekutuan.
Seramai
13 penerima sulung skim itu menerima cek yang berjumlah
RM44,000 yang berjaya melepasi ujian tasmi'. Para
penghafaz al-Quran yang berjaya bakal menerima bantuan
dengan kadar setahun berasaskan kepada juzuk pertama
hingga ke lima menerima bantuan sebanyak RM1,000;
juzuk pertama hingga ke sepuluh (RM2,000); juzuk pertama
hingga ke 20 ( RM4,000); keseluruhan 30 juzuk (RM6,000).
Penerima
bagi skim bantuan juzuk pertama hingga ke lima, Muhammad
Asim Salleh Sani, Redzuan Ahmad, Ahmad Baihaqi Shamsul
Arifin, Muhammad Hafiz Mohammad Asri, Muhammad Hakim
Mohammad Asri dan Muhammad Arif Rahman. Manakala penerima
bagi skim bantuan juzuk pertama hingga 10,Muhammad
Naim Mohammad Asri dan penerima bagi skim bantuan
keseluruhan juzuk. Muhammad Ahmad Zahid, Ahmad Mujahid
Salleh Sani, Abdul Karim Zakaria, Zulhusni Salleh
Sani, Mohd Sheikh Razi Daud dan Ahmad Bukhari Shamsul
Arifin.
Ketua
Pegawai Eksekutif MAIWP, Haji Othman Mustapha ketika
berucap dan melancarkan skim berkenaan mengharapkan
agar bantuan yang diberikan menjadi galakan kepada
golongan penghafaz Al-Quran dan orang awam yang berminat
untuk menghafaz Al-Quran.
"Saya juga mengharapkan agar penerima skim ini supaya mengekalkan hafazan mereka dan menghayati ajaran kitab suci dalam kehidupan" katanya.
|