Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

   
Pengerusi PPZ bersama Ketua Pegawai Eksekutif HSBC menekan butang tanda perasmian

25 Sertai Kursus Bakeri Anjuran Baitulmal
Oleh Dr Muhamamd Yamin Ismail

KUALA LUMPUR, 21 April 2008 – Seramai 25 penerima bantuan kewangan bantuan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyertai kursus teknologi makanan (bakeri) pada 11 hingga 13 April lalu anjuran Baitulmal dengan kerjasama Bakeria Akademi di Wangsa Maju di sini.

Menurut Ketua Unit Agihan Zakat 1 Baitulmal, Siti Fuziah Bachok, kursus yang diadakan bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran kepada para peserta dalam teknik-teknik pembuatan roti dan kek dengan harapan para peserta akan menceburkan diri dalam perniagaan di bidang ini.

"Kursus seumpama ini adalah rangka siri-siri kursus yang diadakan oleh Bahagian Baitulmal MAIWP dari masa ke semasa bagi memberikan motivasi kepada golongan asnaf agar mereka dapat berdikari dan seterusnya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan yang boleh menjana pendapatan" katanya.

Menurut beliau, kursus seumpamanya dapat memberi penekanan kepada aspek pembangunan modal insan sebagai faktor penting untuk keluar dari kepompong kemiskinan, mengenal pasti potensi diri untuk maju ke hadapan seterusnya berusaha sedaya upaya memajukan diri dan keluarga.

 
© Copyright PPZ 2006