| |
 |
|
|
Wakil
dari pertubuhan PERKIM dan Persatuan Darul Fitrah
bergambar bersama replika cek yang diterima
daripada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan. |
|
Perkim,
Darul Fitrah Terima RM200 ribu
Oleh: Dr Muhammad Yamin Ismail
KUALA
LUMPUR, 21 Mac 2008 – Pertubuhan Kebajikan
Islam Malaysia (Perkim) dan Persatuan Darul Fitrah
Malaysia masing-masing menerima cek bernilai RM100ribu
daripada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(MAIWP) dalam satu majlis ringkas di pejabat Baitulmal
tingkat 2 ,Daruzzakah di sini hari ini.
Cek-cek
berkenaan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP,
Haji Othman Mustapha kepada wakil Perkim Wilayah Persekutuan,
Mahayaroni Mohamad dan Setiausaha Persatuan Darul
Fitrah, Haji Patt Abdullah.
Dalam
ucapannya Haji Othman berkata, bantuan zakat yang
disalurkan itu adalah salah satu usaha MAIWP menyokong
badan-badan Islam menyebarkan dakwah Islam.
"Saya
juga mengharapkan agar kedua-dua pertubuhan berkenaan
dapat mengemukakan laporan aktiviti dan keberkesanan
program-program dakwah yang dijalankan kepada pihak
MAIWP" katanya.
Turut hadir Pengurus bahagian Baitulmal MAIWP, Dr Muhammad Yamin Ismail serta pegawai-pegawai agihan zakat Baitulmal MAIWP.
|