 |
 |
 |
|
Setiausaha MAIWP, Dato' Che Mat (tengah)
dan CEO, MAIWP, Haji Othman sedang menyerahkan
bantuan |
|
Baitulmal agih RM4 juta untuk golongan fakir
Oleh Penulis Baitulmal
KUALA
LUMPUR, 12 Mei 2008 – Bahagian Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memperuntukkan sebanyak RM4,077,300 kepada 5,763 penerima bantuan kewangan bulanan bagi tempoh April hingga Jun tahun ini. Penerima bantuan ini diberikan khusus golongan asnaf fakir, miskin dan muallaf yang menetap di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pengurus Bahagian Baitulmal, Dr. Muhammad Yamin Ismail berkata peruntukan ini bagi memenuhi amanah dan tanggungjawab Baitulmal MAIWP mengagihkan wang zakat kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan, sekaligus membantu kerajaan di dalam membasmi kemiskinan tegar.
"Kita juga mengadakan kursus-kursus kemahiran dan motivasi bagi melahirkan golongan asnaf berdikari dan seterusnya keluar dari kepompong kemiskinan," kata beliau.
Skim
Bantuan Kewangan Bulanan adalah satu daripada
26 skim bantuan zakat yang dilaksanakan di Bahagian
Baitulmal, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
|