| |
 |
|
|
Dr. Muhammad Yamin menyerahkan cek bernilai RM120 ribu kepada Datin Hajah Salmiah Ahmad Khan. |
|
CADS
Terima RM120 ribu Wang Baitulmal
Oleh Nuur Fahmi Massailan
KUALA
LUMPUR, 9 April 2008 – Baitulmal Majlis
Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberi sumbangan
sebanyak RM120,000 kepada Persatuan Pusat Pembangunan
Potensi (CADS) dalam satu majlis ringkas di pejabat
Baitulmal, tingkat 2, Bangunan Daruzzakah, Kuala Lumpur
di sini hari ini.
Cek
berkenaan diserahkan Pengurus Bahagian Baitulmal MAIWP,
Dr. Muhammad Yamin Ismail kepada Presiden CADS, Datin
Hajah Salmiah Ahmad Khan.
Pertubuhan
CADS bertujuan untuk membantu dan membangunkan potensi
anak-anak istimewa dari golongan cerebral palsy, autism,
attention deficit hyperactivity disorder, down syndrom
dan slow learners. Untuk mencapai tujuan ini, pertubuhan
ini merangka dan melaksanakan program pembangunan
individu secara menyeluruh dan barganding bahu dengan
pakar pembangunan kanak-kanak bagi membantu dan membangunkan
potensi kanak-kanak istimewa.
Dr
Muhammad Yamin Ismail dalam ucapannya berkata, tujuan
sumbangan itu adalah untuk memberikan kanak-kanak
CADS peluang yang sama seperti anggota masyarakat
yang lain untuk mereka berkembang dan mencapai potensi
yang maksimum.
"Ini adalah tanda keprihatinan Baitulmal MAIWP kepada golongan ini agar mereka kelak membesar dan menjadi ahli masyarakat yang produktif dan disegani," katanya.
|