Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

Penerima Anugerah Terima RM6000 Sumbangan Baitulmal
Oleh: Dr Muhammad Yamin Ismail

KUALA LUMPUR, 5 April 2008 – Tiga penerima anugerah di Majlis Sambutan Maulidurasul Peringkat Wilayah Persekutuan menerima sumbangan RM6000 dari Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Penerima-penerima anugerah itu bagi kategori pelajar cemerlang , Mohamad Ali Mohd Zaki; kategori pendakwah cemerlang Haji Abdul Hanif Harun dan kategori sukarelawan cemerlang Jaafar Daud, masing-masing menerima sijil, plak dan wang tunai RM2000.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapannya menyeru umat Islam menjadikan Rasulullah sebagai contoh ikutan sepanjang zaman. Sambutan maulidurasul adalah satu pendekatan dakwah yang relevan dengan kehidupan umat Islam masa kini dan manifestasi kecintaan umat Islam terhadap Rasulullah.

Kira-kira 2000 umat Islam hadir di majlis berkenaan yang dirasmikan Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi. Turut serta di majlis itu, Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteris Senator Dr Mashitah Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dato' Che Mat Che Ali dan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP,Haji Othman Mustapha.

 
© Copyright PPZ 2006