Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

Senator Dr Mashitah menyerahkan replika cek kepada wakil PERTIS disaksikan Dato' Wan Mohamad .
Senator Dr Mashitah sedang berucap di majlis penyerahan cek RM50 ribu kepada PERTIS.
Ahli Persatuan PERTIS bergambar bersama replika cek yang diterima.

OKU Terima Sumbangan Baitulmal RM50 ribu
Oleh: Dr Muhammad Yamin Ismail

KUALA LUMPUR, 3 April 2008 – Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyerahkan cek bernilai RM50 ribu kepada Persatuan Orang-orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) untuk membiayai kos pentadbiran dan aktiviti persatuan itu di satu Majlis Penyampaian Buku Islam Hadhari:Satu Penjelasan Dalam Tulisan Braille dan Penyampaian Sumbangan MAIWP di Dewan Jamuan Aras 4, Blok D7 Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di sini hari ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Dato' Dr Mashitah Ibrahim menyerahkan cek berkenaan kepada Setiausaha Agung Pertis, Abu Hasan Ashari Razak.

Ketika berucap di majlis berkenaan, Senator Dato' Dr Mashitah berkata kecacatan fizikal bukanlah penghalang kepada golongan orang kurang upaya (OKU) untuk mencapai kejayaan. Beliau turut menegaskan bahawa pihak kerajaan akan terus membantu golongan OKU untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

Hadir sama di majlis berkenaan Ketua Pengarah JAKIM, Dato' Haji Wan Mohamad Dato' Sheikh Abdul Aziz, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dato' Che Mat Che Ali, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Haji Othman Mustapha. Kira-kira 100 ahli-ahli Pertis dan Pertubuhan Orang-orang Cacat Penglihatan Malaysia (SBM) hadir.

 
© Copyright PPZ 2006