Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

Skuad bantu mangsa kebakaran
Oleh: Norman Yahya

Kuala Lumpur, 31 Mac 2008 – Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerusi Skuad Bantuan Kecemasannya (SBK) memberi bantuan segera wang tunai sebanyak RM1000 kepada tiga keluarga mangsa kebakaran di Perumahan Rakyat (PPR) Laksamana Jalan Keledek Off Jalan Peel di sini hari ini.

Skuad Bantuan Kecemasan PPZ yang bergegas ke tempat kejadian tiba kira-kira jam 3.00 petang setelah dimaklumkan pihak bomba. Mangsa-mangsa kebakaran Bidi Razah,61 tahun bersama tujuh ahli keluarga,Efendy Mokhtar,34 dengan empat ahli keluarga dan Ahmat Kamal Abd Salam,42 bersama lima ahli keluarga yang mendiami di blok D bernombor 5-3, 6-3 dan 7-3 menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM400 dan masing-masing RM300.

Pihak PPZ berterima kasih kepada Pengerusi Blok Jawatankuasa Penduduk yang dikenali sebagai Haji Osman kerana membantu memberi maklumat taksiran kerugian, senarai nama keluarga mangsa dan bantuan yang boleh disalurkan kepada mangsa.

Bantuan yang diserahkan bagi meringankan beban mangsa dan dimaklumkan agar mangsa memohon bantuan seterusnya dari pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan.

 
© Copyright PPZ 2006