Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

Kaunter Pos Suria KLCC kutip zakat tertinggi
Oleh: Razali Md Jani

Kuala Lumpur , 29 Januari 2008 – Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menganugerahkan sijil penghargaan kepada Kaunter Pos Suria KLCC kerana berjaya mengutip zakat harta tertinggi berjumlah RM73,928 dengan bilangan pembayar zakat 80 orang pada tahun lalu dalam satu majlis ringkas yang diadakan di pejabat PPZ Daruzzakah di sini hari ini.

Dalam ucapan di majlis itu, Pengurus Besar PPZ, Mohd Rais Haji Alias berkata, jumlah kutipan zakat harta yang dibuat menerusi kaunter-kaunter Pos Malaysia Berhad meningkat sebanyak 10 peratus. Pada tahun 2007 sebanyak RM337,363 berjaya dikutip zakat harta daripada 40 kaunter-kaunter cawangan pos dalam Wilayah Persekutuan berbanding RM306,028 pada tahun 2006.Manakala bilangan pembayar zakat meningkat sebanyak 41 peratus iaitu pada tahun 2007 seramai 560 orang berbanding tahun sebelumnya 398 orang.

Pos Malaysia Berhad dilantik oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebagai agen kutipan zakat harta bermula tahun 2005. Sejak tahun 2005 hingga 2007 jumlah kutipan zakat terkumpul sebanyak RM812,247 dengan bilangan pembayar 992 orang." katanya.

Turut hadir Ketua Pos Niaga Retail, Norzaini Aznam, Ketua Pos Kaunter Suria KLCC, Faridah Ali, Penolong Pengurus Operasi PPZ, Mohamed Hasan dan Ketua Unit Agen Kutipan PPZ, Nor Mukshar Harun.

 
© Copyright PPZ 2006