|
45
kaunter pos sediakan khidmat bayar zakat
Oleh: Razali Md Jani
Kuala
Lumpur , 28 Februari 2008 – Pusat Pungutan
Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
dengan kerjasama Pos Malaysia memaklumkan sebanyak
45 pejabat pos di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
menyediakan khidmat pembayaran zakat harta untuk kemudahan
orang ramai membayar zakat.
Ketua
Unit Agen Kutipan, PPZ-MAIWP Nor Muksyar Haron berkata,
orangramai boleh membayar zakat di semua 45 kaunter
pos Kuala Lumpur, manakala tujuh pejabat pos pula
boleh menerima bayaran zakat selepas waktu pejabat
antara jam 6 petang dan 10 malam.
"Waktu
operasi kaunter pos yang sediakan khidmat kaunter
hingga jam 6 petang kaunter Pos Besar,kaunter pos
Sg Wang Plaza, kaunter pos Suria KLCC;manakala kaunter
pos Mid Valley dan Wangsa Maju beroperasi hingga jam
9.00 malam.Bagi kaunter pos Bangsar dan Gombak beroperasi
hingga jam 10 malam" katanya
Katanya,
empat kaunter pos di Mid Valley, Kepong, Taman Maluri
dan Suria KLCC turut dibuka pada hari Ahad yang memudahkan
orangramai membayar zakat ketika hujung minggu.
Beliau turut berterima kasih kepada Pos Malaysia bagi menjayakan kerjasama antara PPZ-MAIWP dan Pos Malaysia yang menyediakan khidmat kaunter pos untuk kemudahan orangramai membayar zakat.
|