Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

   
Pengurus Besar PPZ sedang berkata sesuatu dengan keluarga Sharlinie

PPZ SERAH SUMBANGAN KEPADA KELUARGA ADIK SHARLINIE
Oleh: Amran Hazali

Petaling Jaya, 28 Januari 2008 – Sesungguhnya penantian itu satu penyiksaan dan penyiksaan itu satu penderitaan. Menginsafi kata-kata ini, anggota Skuad Bantuan Kecemasan (SBK) PPZ-MAIWP yang diketuai Pengurus Besarnya, Mohd Rais Haji Alias telah meluangkan masa menziarahi keluarga adik Sharlinie Mohd Nashar di kediaman mereka di Taman Medan, di sini hari ini.

Kehilangan Sharlinie yang masuk hari ke 20 ketika kunjungan ini dibuat telah menjadi topik hangat seluruh negara kerana dikatakan kejadian yang berlaku hampir sama dengan kes kehilangan adik Nurin Jazlin di Wangsa Maju, tahun lalu. Kehadiran rombongan PPZ juga adalah untuk menyampaikan sedikit sumbangan berbentuk kewangan dan senaskhah buku bertajuk "La Tahzan" yang bermaksud "Janganlah Bersedih" hasil tulisan A'aidh Abdullah Al Qarnee.

Semasa menyerahkan sumbangan itu, Mohd Rais Haji Alias, turut menyatakan bahawa pemberian ikhlas itu adalah dari wang upah amil yang diterima PPZ dan berharap sumbangan itu dapat meringankan beban penderitaan emosi yang dialami keluarga Sharlinie.

Seluruh warga kerja PPZ-MAIWP berdoa agar Sharlinie akan sentiasa dilindungi Allah s.w.t dan selamat kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan sihat sejahtera. Amin.

 
© Copyright PPZ 2006