 |
 |
 |
Pengurus
Besar Kanan Tabung Haji Hj Kamarudin Mat Ali
menyerahkan replika cek zakat kepada Pengerusi
PPZ |
Tetamu
sedang mendengar ucapan Pengerusi PPZ |
Pengerusi
PPZ Dato' Mustafa menyerahkan cenderahati kepada
wakil Tabung Haji |
Unit
Dakwah PPZ adakan kaunter info zakat
Oleh: Razali Md Jani
Kuala
Lumpur , 27 Februari 2008 – Unit Dakwah,
Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
(PPZ-MAIWP) telah mengadakan kaunter info zakat di
pejabat akhbar New Strait Times (NST), Berita Nasional
Malaysia (Bernama), Perbadanan Pembangunan Perdagangan
Luar Malaysia (Matrade), dan Petronas baru-baru ini
dengan mendapat sambutan menggalakkan.
Ketua Unit Dakwah, PPZ Khalid Mohamed berkata, dalam bulan Februari ini empat tempat kaunter info zakat yang diadakan memberi peluang khususnya di kalangan para pekerja sektor awam dan swasta untuk membuat pembayaran zakat menerusi potongan gaji.
"Secara keseluruhannya sambuatn amat menggalakan iaitu sebanyak RM25 ribu berjaya dikumpulkan bagi keempat-empat lokasi kaunter info zakat yang diadakan" katanya.
Beliau turut berterima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama terutamanya para majikan di pejabat berkenaan bagi memudahkan setiap kakitangan muslim membuat pembayaran zakat menerusi potongan gaji.
|