 |
 |
 |
Pengurus
Besar Kanan Tabung Haji Hj Kamarudin Mat Ali
menyerahkan replika cek zakat kepada Pengerusi
PPZ |
Tetamu
sedang mendengar ucapan Pengerusi PPZ |
Pengerusi
PPZ Dato' Mustafa menyerahkan cenderahati kepada
wakil Tabung Haji |
Tabung
Haji WP bayar zakat perniagaan RM5.5juta
Oleh: Razali Md Jani
Kuala
Lumpur , 27 Februari 2008 – Pusat Pungutan
Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
menerima pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM5.5
juta daripada Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan
dalam satu majlis ringkas yang diadakan di sebuah
hotel di sini hari ini.
Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dato' Mustafa Abdul Rahman menerima cek pembayaran daripada Pengurus Besar kanan Jabatan Khidmat Pendeposit dan Operasi Tabung Haji, Haji Kamarudin Mat Ali dengan jumlah pembayaran sebanyak RM5,579,339.46.
Dato' Mustafa ketika berucap di majlis itu berkata, pembayaran zakat Lembaga Tabung Haji pada tahun ini adalah yang tertinggi berbanding tahun-tahun sebelumnya. Beliau turut berterima kasih serta menghargai semua warga kerja Tabung Haji hingga membolehkan organisasi itu membayar zakat perniagaan yang tinggi.
Turut hadir Pengarah Tabung Haji Wilayah Persekutuan Haji Md Ridza Haji Md Zain, Pengurus Besar PPZ-MAIWP Mohd Rais Haji Alias dan pegawai-pegawai kanan Tabung Haji dan PPZ-MAIWP.
|