 |
 |
Penyerahan
plak penghargaan oleh Dato’ Hj
Mustafa Abdul Rahman, pengerusi PPZ-MAIWP
kepada Puan Martini Osman, Presiden
Agrobank |
Penyerahan
zakat perniagaan Agrobank oleh Puan
Martini Osman, Presiden Agrobank kepada
Dato’ Hj Mustafa Abdul Rahman,
Pengerusi PPZ-MAIWP |
Agrobank
serah RM102 ribu zakat perniagaan
Oleh: Nur Haliza Abd Rahman
Kuala
Lumpur, 15 Ogos 2008 – AgroBank
menyerah wang zakat perniagaannya bagi tahun
berakhir sebanyak RM102,040 kepada Pusat Pungutan
Zakat (PPZ) dalam satu majlis ringkas bertempat
di Dewan Jubli Bangunan Agrobank di sini hari
ini.
Penyerahan
cek zakat perniagaan disampaikan Presiden Agrobank,
Puan Martini Osman kepada Pengerusi PPZ ,Dato’
Haji Mustafa Abdul Rahman.Dalam majlis yang
sama Agrobank turut memberikan sumbangan kepada
Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) dan juga pemberian
komputer kepada rumah anak-anak yatim.
Turut
menerima sumbangan kakitangan Agrobank yang
menghadapi penyakit yang kronik, anak-anak kakitangan
yang melanjutkan pelajaran di pusat-pusat pengajian
tinggi, biro surau bagi tujuan pengajian agama,
golongan miskin dan golongan mualaf.
Turut
hadir Pengurus Besar PPZ, Mohd Rais Haji Alias,
Pengurus Operasi PPZ, Abdul Hakim Amir Osman.
|