 |
 |
 |
|
En.
Mohd Rais menyerahkan cenderahati kepada ketua
BAZDA |
Haji
Manaf menyerahkan cenderahati kepada En. Mohd
Rais |
Ahli
rombongan BAZDA bergambar kenangan |
BAZDA kunjungi PPZ-MAIWP
Oleh: Amran Hazali
Kuala
Lumpur , 13 Mac 2008 – Tujuh wakil Badan Amil Zakat Daerah (BAZDA) Tangerang Banten, Republik Indonesia mengadakan kunjungan ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ), MAIWP di ibupejabat PPZ di sini hari ini.
Ketua BAZDA Tangerang, Haji Manaf yang juga ketua rombongan berkata antara tujuan kunjungan ke PPZ adalah untuk mempelajari sistem pengurusan moden zakat. Ini terbukti menjadi salah satu antara kunci kejayaan PPZ selama ini.
Rombongan turut dibawa melawat kaunter pembayaran zakat serta dimaklumkan proses-proses prosedur individu yang ingin membayar zakat mereka. Ahli rombongan juga dijelaskan kriteria-kriteria yang perlu ada bagi petugas-petugas kaunter zakat.
Taklimat berkenaan PPZ disampaikan Pengurus Besarnya, Mohd Rais Hj. Alias setelah dipertontonkan tayangan video korporat.
|