 |
 |
Dato'
Izzaddin Menyampaikan Replika Cek Kepada En.
Mohd Rais |
Dato'
Izzaddin Sedang Beramah Mesra Bersama En. Mohd
Rais |
Tenaga Nasional Berhad Bayar Zakat Perniagaan RM 197 Ribu
Oleh: Faris Ezwan Ali Khan
Kuala
Lumpur, 13 Mac 2008 – Tenaga Nasional
Berhad menyempurnakan pembayaran zakat perniagaannya
kepada Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah
Persekutuan (PPZ-MAIWP) di dalam satu majlis ringkas
di Kuala Lumpur International Hotel di sini hari ini.
TNB diwakili Ketua Pengawai Kewangan dan Naib Presiden Kanan (Kumpulan
Kewangan), Dato' Izzaddin Idris menyerahan cek zakat perniagaan bagi tahun
kewangan berakhir 2007 berjumlah RM 197,326.03 kepada Pengurus Besar
PPZ-MAIWP, Mohd Rais Haji Alias, sambil disaksikan Ketua Unit Zakat
Perniagaan PPZ-MAIWP, Khairulazhar Samsudin.
Tenaga
Nasional Berhad telah menjadi pembayar zakat perniagaan
sejak tahun 1997 hingga kini. Ia mempunyai seramai
28 ribu orang pekerja dengan bilangan pengguna melebihi
7 juta di seluruh semenanjung Malaysia dan Sabah.
Pada tahun 2007, TNB adalah satu-satunya syarikat
dari Asia menjadi finalis kelima "Power Company of
the Year" pada majlis anugerah Platts Global Energy.
|