Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

Antara pelajar dari 6 buah sekolah di sekitar cheras yang mengikuti program ini
Dari kiri En. Abdul hakim, Pengurus Operasi PPZ-MAIWP, En Mohd Rais Hj Alias, Pengurus Besar PPZ-MAIWP dan En. Nik Annuay Abdullah, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Lumpur
Para pelajar bersalaman bersama pihak urusetia pada akhir program
Tangisan keinsafan dan kesyukuran salah seorang pelajar yang terlibat dalam program ini

PPZ anjur Program Motivasi Perkasa Diri Pelajar
Oleh:Nur Haliza Abd Rahman

Kuala Lumpur, 12 Ogos 2008 – Pusat Pungutan Zakat (PPZ) menganjurkan satu Program Motivasi Perkasa Diri Pelajar dengan kerjasama enam sekolah sekitar Kuala Lumpur di Dewan Masjid Saidina Othman Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Menurut Pengurus Besar PPZ , Mohd Rais Haji Alias ketika merasmikan majlis program motivasi ini berkata, antara lain program yang diadakan secara tahunan ini satu usaha menunaikan tanggungjawab sosial untuk berganding bahu bersama warga pendidik membantu menaikkan kecemerlangan sahsiah dan akademik para pelajar sekolah terutamanya di sekitar Kuala Lumpur.

“Program ini bertujuan untuk meningkatkan nilai-nilai mulia akhlak para pelajar dan memberi fokus agar mereka berusaha gigih dalam pembelajaran demi masa depan mereka. Selain itu, kesedaran dapat dipupuk tentang pentingnya sahsiah diri agar dapat menjana perkembangan minda yang positif serta menjauhi segala tingkahlaku yang negatif di kalangan para pelajar.” katanya.

Kira-kira 150 pelajar dari enam sekolah sekitar Cheras terpilih menyertai program anjuran PPZ dan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan ini.Turut hadir Ketua Unit Dakwah Zakat, Khalid Mohamed.

 
© Copyright PPZ 2006