 |
 |
 |
Dari
kiri : Dato' Mustafa, Dato' Dr Abdullah Md Zain
dan Dato' Che Mat Che Ali sedang berbincang |
Dato'
Dr Abdullah Md Zain sedang mengumumkan prestasi
kutipan PPZ-MAIWP |
Sebahagian
tetamu yang hadi pada program tersebut |
Zakat
harta RM169.2juta berjaya dikutip
Oleh: Razali Md Jani
KUALA
LUMPUR, 8 Januari 2008 – Sejumlah RM169.2juta
zakat harta telah berjaya dikutip Pusat Pungutan Zakat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP)
dengan bilangan pembayarnya seramai 58,982 orang,
demikian diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
yang juga Pengerusi MAIWP, Dato' Dr Abdullah Md Zin
ketika berucap di Majlis Penyerahan Agihan Zakat dan
Pengumuman Prestasi Kutipan Zakat 2007 di Dewan Tun
Dr Ismail Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini
hari ini.
Dato'
Abdullah berkata, kutipan zakat harta itu meningkat
sebanyak 18 peratus berbanding RM143.3 juta dan 13
peratus kenaikan bilangan pembayar dari 52,424 pembayar
pada tahun 2006.Oleh yang demikian walaupun PPZ telah
berjaya meningkatkan bilangan pembayar dan kutipan
pada tahun 2007, namun kami masih lagi belum berpuashati
dengan pencapaian tersebut. Berdasarkan kajian yang
dijalankan terhadap potensi pembayar yang layak membayar
tahun 2007 adalah 76,597 orang masih terdapat 23 peratus
daripadanya belum tampil untuk membayar zakat harta.
Menurutnya,
pada tahun ini, sasaran kutipan zakat harta PPZ-MAIWP
adalah sebanyak RM180juta dan pembayar seramai 62,500.
Turut hadir Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Dato' Haji Che Mat Che Ali, Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato' Mustaffa Abdul Rahman, Pengurus Besar PPZ-MAIWP, Mohd Rais Haji Alias, Pengurus Bahagian Baitulmal Dr Muhammad Yamin Ismail dan ahli-ahli lembaga MAIWP.
|