|
PPZ
Sumbang Akhbar Di Tiga Sekolah
Oleh: Fakhrurrazy Md Ariff
Setapak,
2 April 2008 – Pusat Pungutan Zakat
(PPZ) menyumbang 6200 naskhah Berita Harian dan New
Straits Times kepada tiga buah sekolah terpilih di
Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga akhir Oktober depan.
Sumbangan akhbar-akhbar berkenaan sebagai penghargaan
para guru dan kakitangan yang menyertai pembayaran
zakat melalui potongan gaji secara bulanan.
Majlis
penyerahan akhbar berkenaan telah diadakan awal mac
lalu di Sekolah kebangsaan Putrajaya Presint 16, Sekolah
Menengah kebangsaan Sg Besi dan Sekolah menengah Kebangsaan
wangsa Maju Zon R1 sebagai bahan pembelajaran tambahan
dan rujukan para pelajar dan antara usaha menunaikan
tanggungjawab sosial bagi berganding bahu bersama
warga pendidik menaikkan kecemerlangan akademik para
pelajar.
Pada
3 Mac lalu, di majlis pemberian akhbar Berita Harian
yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint
16, sebanyak 100 naskhah (setiap Isnin) dengan sisipan
Didik bagi sasaran utma kepada pelajar yang bakal
menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah
(UPSR) yang bermula 9 hingga 11 September depan. Penyampaian
akhbar tersebut disampaikan Pengurus Operasi PPZ,
Abdul Hakim Amir Osman kepada Guru Penolong Kanan
Ko-kurikulum Sk Putrajaya Presint 16, A. B. Sidek.
Keesokannya
pula diadakan majlis ringkas penyampaian 100 naskhah
akhbar Berita harian dan New Strait Times (setiap
Selasa) dengan sisipan Minda Pelajar di Sekolah Menengah
kebangsaan Sg Besi bagi mensasarkan kepada pelajar
yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR). PMR akan bermula pada 13 hingga 17 Oktober
tahun ini.Penolong Pengurus Operasi PPZ, Mohamed Hasan
menyerahkan akhbar Berita Harian dan New Straits Times
kepada Pengetua SMK Sg Besi, Haji Borhan Md Zin.
Sementara itu pada 17 Mac, bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Wangsa Maju Zon R1 turut mendapat tajaan 100 naskhah akhbar Berita Harian dan new Strait Times (setiap Rabu) dengan sisipan Skor bagi para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil peperiksaan Malaysia (SPM) pada 12 November hingga 6 Disember depan. Akhbar-akhbar berkenaan diserahkan Pengurus Besar PPZ, Mohd Rais Hj Alias kepada Pengetua Smik Wangsa Maju Zon R 1, Hajah Halimahton Mohd Salleh.
|