Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

22 Keluarga Mangsa Banjir Terima Bantuan
Oleh: Amran Hazali

Setapak, 2 April 2008 – Seramai 22 keluarga mangsa banjir di Kampung Puah Hilir, Setapak menerima bantuan berjumlah RM6600 daripada Pusat Pungutan Zakat, (PPZ) menerusi Skuad Bantuan Kecemasannya (SBK) di sini hari ini.

Pengerusi PPZ, Dato' Haji Mustafa Abdul Rahman menyerahkan wang tunai dalam satu acara ringkas selepas solat Isyak berjemaah yang diadakan di Masjid Jami'ul Ehsan, Setapak.

Dalam ucapannya, Dato' Mustafa berkata,bantuan kewangan yang diberikan adalah untuk menyelesaikan masalah kehidupan bagi beberapa hari.Wang yang disumbangkan adalah dari sumber upah amil yang diterima PPZ.Beliau turut meminta agar mangsa-mangsa yang ditimpa banjir agar mengambil inisiatif membuat permohonan lain kepada pihak Baitulmal agar bantuan lebih besar boleh diserikan selepas ini.

Turut hadir Pengurus Besar PPZ, Mohd Rais Haji Alias dan Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Haji Mohamed Hashim Haji Hussin.

 
© Copyright PPZ 2006