|
PPZ Anjur Kejohanan Futsal
Oleh: Fakhrurrazy Md Ariff
Kuala
Lumpur, 2 April 2008 – Pusat Pungutan
Zakat (PPZ) akan menganjur Kejohanan Futsal Majikan
Mesra Zakat 2008 pada 17 Mei depan bermula jam 8.00
pagi hingga 6.00 petang di Ampang Sport Planet, Jalan
Memanda 9, Ampang Point.
Menurut Pengarah Kejohanan Futsal Edisi Kedua, Ku Mohd Zaidi Ku Mohd Zalai, kejohanan ini terbuka kepada semua majikan yang membuat potongan gaji zakat kakitangannya kepada PPZ. Setiap pasukan yang ingin menyertai kejohanan ini sekurang-kurangnya perlu menyediakan 8 hingga 10 orang pemain termasuk pengurus pasukan yang sedang berkhidmat dengan majikan terbabit dan membuat potongan gaji zakat secara bulanan kepada PPZ.
"Dalam kejohanan futsal edisi kedua ini terdapat dua kategori iaitu terbuka dan senior. Bagi kategori senior setiap pemain haruslah berusia 35 tahun ke atas. Bagi kakitangan yang belum membuat potongan gaji zakat boleh mendapatkan borang kebenaran potongan gaji zakat dari majikan masing-masing atau di cawangan kaunter PPZ dan kepilkan bersama borang penyertaan."katanya.
Hadiah-hadiah pertandingan ini bagi kategori terbuka dan senior; juara RM1,500, naib juara RM1000; tempat ketiga dan keempat RM500.Tarikh tutup penyertaan ini pada 30 April depan namun penyertaan berdasarkan "siapa cepat dia dapat".Untuk keterangan lanjut hubungi PPZ di talian 03-2693 6699.
|