 |
 |
 |
| Sebahagian
dari sisa kebakaran yang tinggal |
Petugas
SBK PPZ-MAIWP sedang mendaftar penerima bantuan
|
Antara
mangsa yang menerima bantuan segera PPZ-MAIWP |
MANGSA
KEBAKARAN TERIMA BANTUAN
Oleh: Faris Ezwan Ali Khan
KUALA
LUMPUR, 17 Julai 2007 – Skuad Bantuan
Kecemasan (SBK) Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) menyerahkan
bantuan wang tunai berjumlah RM1500 kepada lima penghuni
rumah mangsa kebakaran di Kampung Chubadak, Sentul
Pasar di sini hari ini.
Tiga keluarga mangsa yang kehilangan tempat tinggal menerima RM300 manakala dua individu bujang masing-masing menerima RM150. Pemberian wang tunai segera ini bagi meringankan beban mereka setelah harta benda mereka musnah di dalam kebakaran itu.
Dalam kejadian itu, dipercayai kebakaran bermula dari bahagian dapur sebuah rumah dan kemudiannya api merebak dengan pantas ke rumah sekitarnya. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11.00 malam dan pihak bomba mengambil masa kira-kira 30 minit bagi memadamkan kebakaran itu. Tiada kemalangan jiwa dan cedera dilaporkan.
Menurut Eksekutif Kanan PPZ yang mengetuai SBK Zon Kepong, Mohd Saufiyuddin Abu Bakar, berkata, pihak PPZ tiba awal ke tempat kejadian itu dan terus mendapatkan maklumat mangsa sebelum menghulurkan bantuan kewangan. Mangsa-mangsa berkenaan turut diminta memohon bantuan seterusnya kepada pihak Baitulmal Wilayah Persekutuan.
|