Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

Pengerusi PPZ sedang menyampaikan sumbangan
Penerangan tentang kerja-kerja pembaikan yang akan dijalankan
Keadaan Surau Al -Falah yang tidak terurus

PPZ SUMBANG WANG BAIKI SURAU DI MUAR
Oleh Amran Hazali

MUAR, 11 Februari 2007 – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyumbang sebanyak RM15,000 bagi membaiki semula bangunan Surau Al-Falah di Parit Masjid, Jalan Yusof, Sungai Balang, Muar di sini hari ini.

Rombongan enam anggota PPZ-MAIWP diketuai Pengerusinya, Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar menyerahkan cek sumbangan itu kepada pihak pengurusan surau sambil disaksikan Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim di perkarangan surau itu.

Ketika berucap, Dato’ Rahim menyatakan kekaguman rombongan PPZ-MAIWP dengan semangat kerjasama dan persaudaraan yang ditunjukkan oleh penduduk kampung melalui sambutan yang diberikan. Beliau berharap semangat perpaduan itu dapat dikekalkan sampai bila-bila kerana dengan cara ini sahajalah masyarakat kampung akan bersatu padu menjadi komuniti yang dihormati.

Sementara itu ketika mengalu-alukan kedatangan wakil PPZ-MAIWP Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim memberi jaminan akan memastikan setiap sen dari wang sumbangan sebanyak RM15,000 itu akan dibelanjakan sebaik mungkin untuk proses pembaikan surau Al Falah.Surau Al Falah yang digunakan lebih 31 buah keluarga dibina pada tahun 80-an itu rosak teruk akibat dimamah anai-anai.

Turut hadir di acara sumbangan itu, Pengurus Besar PPZ-MAIWP, Mohd Rais Haji Alias, Pengurus Operasi PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman dan Pengurus Pentadbiran PPZ-MAIWP Azrin Abdul Manan.

 
© Copyright PPZ 2006