Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

8 Syarikat Bayar Zakat Perniagaan RM 3.7 Juta
Oleh Faris Ezwan Ali Khan

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2006 –Pusat Pungutan Zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerima pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM3.7 juta apabila lapan syarikat serta institusi perbankan dalam satu Majlis Zakat Perniagaan yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, Jalan Pahang hari ini.

Pada majlis yang sama, turut diadakan upacara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara PPZ-MAIWP dengan Mobile Money International Sdn. Bhd. Pihak PPZ-MAIWP diwakili Pengurus Besarnya, Mohd Rais Haji Alias manakala pihak Mobile Money International Sdn. Bhd., Pengarah Urusannya, Lee Eng Sia.Majlis MoU ini turut disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang juga Setiausaha MAIWP, Dato” Che Mat Che Ali dan Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar.

Ketika berucap di majlis berkenaan Pengerusi PPZ-MAIWP, Dato’ Haji Abdul Rahim berkata peningkatan jumlah kutipan setiap tahun adalah usaha kerjasama yang cukup baik antyara PPZ-MAIWP dengan para pembayar yang semakin memahami bahawa membayar zakat adalah wajib apabila cukup nisab dan haul.

Katanya, “PPZ-MAIWP menawarkan cara pembayaran terbaru iaitu melalui telefon bimbit atau “mobile money”. Melalui kemudahan “mobile money” pembayar zakat boleh membuat bayaran di mana sahaja mereka berada. Bagi tujuan keselamatan setiap individu akan diberikan nombor pin untuk segala transaksi yang hendak dilakukan”.

Pada majlis itu, syarikat –syarikat yang membayar zakat perniagaan mereka iaitu Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd berjumlah RM 1,348,107, Syarikat Takaful Malaysia Bhd (RM 757,232), Universiti Terbuka Malaysia Sdn. Bhd. (RM 750,000), Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (RM 513,934), Padiberas Nasional Bhd (RM 139,368), EONCAP Islamic Bank Bhd (RM 68,348), Malayan Banking Bhd (RM 65,510) dan Koperasi Koswip (M) Bhd. (RM 25,000).

 
Arkib Berita 2007 2006 2005 2004 2003
 
© Copyright PPZ 2006