Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

Tabung Haji serah zakat perniagaan RM2.6 juta
Oleh Razali Md Jani

 

Kuala Lumpur, 19 Julai 2005 – Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan (LTHWP) menyerahkan zakat perniagaannya bagi tahun 2004 berjumlah RM2,615,794 kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di Daruzzakah di sini.

Dalam majlis ringkas itu, cek zakat perniagaan diserahkan Pengurus Kanan Pendeposit THWP, Haji Nahar Mohd Yusof kepada Pengerusi PPZ, Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar.

Menurut Dato’ Haji Abdul Rahim, Tabung Haji adalah pembayar zakat yang amat setia berdasarkan statistik pembayaran sejak 1991 hingga 2003, jumlah pembayaran zakat perniagaan RM129 juta.

“Pihak PPZ merakamkan setinggi penghargaan kepada Tabung Haji kerana membersihkan harta masyarakat Islam yang menyimpan wang mereka di Tabung Haji” katanya.

Hadir sama, Timbalan Pengarah THWP, Haji Mohammad Khairi Dasemin, Penolong Pengurus Pemasaran THWP , Haji Mohd Azri Shaari dan Pengurus Besar PPZ, Mohd Rais Haji Alias.

 
Arkib Berita 2007 2006 2005 2004 2003
 
© Copyright PPZ 2006