Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

IPB juara sukan bowling anjuran PPZ
Oleh Azhan Ismail

 

Kuala Lumpur, 17 Julai 2005 – Institut Profesional Baitulmal (IPB) menjuarai Pertandingan Bowling antara agensi-agensi di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) anjuran Pusat Pungutan Zakat (PPZ) yang diadakan di Flamingo Superbowl, Jalan Ulu Klang di sini hari ini.

Pertandingan sukan bowling ini bermatlamat merapatkan hubungan kakitangan sesama agensi-agensi di bawah MAIWP. Sebanyak lima pasukan mengambil bahagian dalam sukan bowling yang kali pertama diadakan bersempena ulang tahun PPZ yang ke 15 pada tahun ini. Pasukan yang turut serta selain IPB, PPZ, MAIWP, Hospital Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB).

IPB menjuarai acara berpasukan lelaki manakala pasukan wanita dimenangi Pusrawi. PPZ menduduki tempat ke dua bagi kedua-dua pasukan lelaki dan wanita.

Hadiah-hadiah para pemenang disampaikan Pengerusi PPZ, Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar. Turut hadir Pengurus Besar PPZ, Mohd Rais Haji Alias.

 
Arkib Berita 2007 2006 2005 2004 2003
 
© Copyright PPZ 2006