Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

PPZ bantu mangsa gempa
Oleh Razali Md Jani

Kuala Lumpur, 9 November 2005 – Pusat Pungutan Zakat (PPZ) menyumbang hasil kutipan tabung derma daripada para pembayar zakat di semua kaunter-kaunter cawangan berjumlah RM30,000 kepada wakil Pertubuhan Misi Keamanan Sejagat (MKS) atau Global Peace Mission Malaysia, Aminah Ahmad bagi membantu mangsa gempa bumi di Pakistan.

Pengerusi PPZ, Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar, berkata kesemua jumlah derma yang dikutip itu adalah daripada kalangan para pembayar zakat yang membayar zakat ketika Ramadan lalu dan turut menyumbang kepada tabung mangsa gempa yang disediakan PPZ.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan cek bernilai RM30,000 kepada MKS di sidang media di pejabat PPZ di sini. Turut hadir Pengurs Besar PPZ, Mohd Rais Haji Alias.

 
Arkib Berita 2007 2006 2005 2004 2003
 
© Copyright PPZ 2006