Dua syarikat bayar zakat RM1.7 juta
Oleh Razali Md Jani
Kuala Lumpur, 7 November 2005 – Bank Rakyat
dan TH Technologies membayar zakat perniagaan sebanyak
RM1,717,925 kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) baru-baru
ini.
Pemangku Pengarah Urusan yang juga Pengurus Besar
Kewangan dan Pelaburan Bank Rakyat, Kamaruzaman Che
Mat menyerahkan cek zakat perniagaan berjumlah RM1,300,450
kepada Pengerusi PPZ Dato’ Haji Abdul Rahim
Abu Bakar.
Selain acara pembayaran zakat perniagaan Bank Rakyat
ini, turut diadakan majlis menandatangani memorandum
persefahaman urusniaga Bank Rakyat sebagai agen kutipan
zakat dengan PPZ. Majlis ini berlangsung di Menara
Kuala Lumpur pada 4 November lalu.
Sementara itu, TH Technologies
Sdn Bhd turut menyerahkan cek zakat pernigaannya bagi
tahun berakhir 2004 bernilai RM417,475. Cek zakat
berkenaan disampaikan Ketua Pegawai Eksekutifnya,
Kamarul Bahrin Al Bakri kepada Pengerusi PPZ Dato’
Haji Abdul Rahim Abu Bakar di sebuah hotel di sini.
Turut hadir Pengurus Besar TH Technologies Sdn Bhd
Mohamed Izam Mohamed Yusof dan Pengurus Besar PPZ,
Mohd Rais Haji Alias.