Felda,
Felcra bayar zakat perniagaan
Oleh Khairul Azhar
Kuala Lumpur, 3 Disember 2005 – Felda dan
21 anak syarikatnya membayar zakat perniagaan bagi
tahun 2004 kepada Pusat Zakat negeri-negeri baru-baru
ini.
Sebanyak 21 anak syarikat Felda membayar zakat berkenaan
melalui Menteri Besar dan Ketua Menteri yang disampaikan
Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib
Tun Abdul Razak di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia
Putra (PWTC).
Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Pengerusi
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Dato’
Dr Abdullah Md Zin menerima zakat perniagaan Felda
bagi pihak Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di majlis berkenaan.
Jumlah keseluruhan zakat yang dibayar sebanyak RM7.187juta.
Anak syarikat Felda membayar sebanyak RM5.776 juta
manakala Koperasi Pemodalan Felda Bhd RM1.411juta.
Zakat perniagaan yang dibayar kepada negeri-negeri
yang mempunyai urusniaga dengan Felda yang terbabit
dalam pelbagai bidang industri antaranya sawit, getah,
koko, pemodalan, kejuruteraan, pengangkutan, pemasaran
dan peniagaan runcit.
Sementara itu, Felcra dan anak syarikatnya turut
menyerahkan zakat peniagaannya pertama kalinya baru-baru
ini. Pengerusi Felcra, Dato’ Hamzah Zainudin
menyerahkan cek zakat perniagaan dan sembilan anak
syarikatnya kepada Pengerusi PPZ, Dato’ Haji
Abdul Rahim Abu Bakar di satu majlis Mesra Aidilfitri
di perkarangan Wisma Felcra di sini.
Di majlis yang sama, Felcra turut menyampaikan Anugerah
Pelajar Cemerlang anak-anak Felcra dan sumbangan kepada
Rumah Silaturrahim Nurul Qana’ah, Batu Caves.