Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

Pengarah JAWI lawat PPZ
Oleh Razali Md Jani

Kuala Lumpur, 22 Mac 2005 – Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang baru dilantik penghujung Februari lalu, Haji Che Mat Che Ali mengadakan kunjungan ke pejabat Pusat Pungutan Zakat (PPZ) pada jam 4.00 petang di bangunan Daruzzakah di sini hari ini.

Haji Che Mat Che Ali ketika berucap dalam majlis meraikan lawatannya itu, berkata mekanisme yang ada di PPZ terutamanya dalam melaksanakan tugas sebagai amil korporat memberi banyak manfaat terutama dalam menjayakan program-program agihan zakat Baitulmal Wilayah Persekutuan.

Dalam lawatan kira-kira dua jam itu, Pengurus Besar PPZ, Mohd Rais Haji Alias menyampaikan taklimat pengurusan, operasi PPZ selain tayangan video korporat dan kunjungan ke kaunter zakat.

Turut hadir , Pengerusi PPZ Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar, Pengurus Operasi Abdul Hakim Amir Osman, Pengurus Pentadbiran dan Kewangan Azrin Abdul Manan, ketua-ketua Unit PPZ di bahagian pentadbiran dan operasi.

 
Arkib Berita 2007 2006 2005 2004 2003
 
© Copyright PPZ 2006