Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

PPZ dikunjungi delegasi Arab Saudi
Oleh Rosniza Din

Daruzzakah, 12 Disember 2004 – Seramai 3 orang delegasi daripada Arab Saudi mengadakan lawatan ke Pusat Pungutan Zakat (PPZ) di sini dalam usaha memahami dan melihat sendiri sistem pengurusan zakat yang diamalkan oleh PPZ.

Rombongan yang diketuai Pengurus Pejabat Menteri Hal-Ehwal Masyarakat Arab Saudi Riyadh, Yosouf Saleh Al-Eid berkata lawatan ini memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pendapat tentang pengurusan zakat di Malaysia khususnya Wilayah Persekutuan.

“Zakat adalah sumber utama untuk memajukan ekonomi umat Islam. Sehubungan dengan itu institusi-institusi yang terbabit termasuk Arab Saudi dan negara-negara lain haruslah peka dan sering bertukar-tukar idea untuk memajukan lagi institusi ini,” katanya.

Rombongan diperdengarkan taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Besar PPZ Mohd Rais Haji Alias sebelum dibawa melawat Kaunter Daruzzakah untuk melihat sendiri proses penerimaan wang zakat.

Turut serta dalam rombongan tersebut ialah Ahli Lembaga Pengarah Tabung Kemiskinan Arab Saudi, Dr. Hammad Ali dan kakitangan akademik Universiti Imam Muhammad Bin Saud, Riyadh Dr. Ali Bin Abdur Rahman Ar-Rumi. Selain Pengurus Besar, PPZ turut diwakili oleh Ketua Unit Komunikasi Korporat, Razali Md. Jani.

 
Arkib Berita 2007 2006 2005 2004 2003
 
© Copyright PPZ 2006