Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
Public Bank Ambank Group
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

Lima syarikat bayar zakat RM1.3 juta
Oleh: Razali Md Jani

Kuala Lumpur 29 April 2003 – Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menerima pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM1,316,879.65 daripada lima buah syarikat iaitu Bank Islam (M) Bhd sebanyak RM1,261,320, Fiberail Sdn Bhd (RM19,701.65), Koperasi Kakitangan Kumpulan BIMB Holding Bhd (RM15,000), Affin-ACF Finance Bhd (RM10,858) dan Koperasi kakitangan Felcra Bhd sebanyak RM10,000.

Dalam majlis yang sama sebanyak RM245,191.68 diagihkan bagi bantuan kepada Perkim Cawangan Damansara sebanyak RM46,047.68 bagi tujuan pembelian van Rusa, sumbangan van Mazda kepada Persatuan Darul Fitrah berharga RM40,000, bantuan wang pendahuluan sewa beli teksi seramai 15 orang sebanyak RM5,000 tiap seorang yang berjumlah RM75,000, seorang penerima bantuan membina rumah bernilai RM19,880, bantuan membayar premium tanah asnaf fakir miskin sebanyak RM28,000 dan bantuan kepada Rumah Perantaraan Hospital Kuala Lumpur sebanyak RM36,264.

Cek zakat perniagaan tersebut diserahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Brig Jeneral (B) Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin yang menerima bagi pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis yang diadakan di Hotel Grand Seasons itu turut dihadiri Pengerusi PPZ, Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar, Pengerusi Bank Islam (M) Bhd Dato’ Mohd Yusoff Md Nasir , Pengurus Besar PPZ, Dato’ Mohamed Dahan Abdul Latiff serta wakil-wakil syarikat yang membayar zakat perniagaan mereka.

 
© Copyright PPZ 2006