Waktu Solat KL
 Subuh -  Zohor -  Asar -  Maghrib -  Isyak -

    Login
 
   Kata Laluan
 
Maybank2u Bumiputra Commerce
Public Bank Ambank Group RHB Bank
   


Daftar NewsLetter kami di zakat.com.my untuk maklumat terkini, panduan pengiraan zakat, nisab dan sebagainya. Ianya PERCUMA untuk anda
:

 

 

 

PPZ dan BIMB adakan MOU bayar zakat menerusi ATM
Oleh : Razali Md Jani

Kuala Lumpur, 14 Oktober 2003 – Umat Islam sekitar Lembah Kelang dan Selangor kini boleh membuat bayaran zakat melalui pelbagai saluran kemudahan yang disediakan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB).

Mulai Oktober 1995, BIMB menjalinkan hubungan dengan Pusat Pungutan Zakat (PPZ) dan Pusat Zakat Selangor (PZS) yang membolehkan pembayaran zakat melalui kaunter-kaunter BIMB.

Dalam satu majlis yang diadakan di sebuah hotel terkemuka di sini, BIMB, PPZ dan PZS mengadakan penandatanganan persetujuan (MOU) serta pelancaran pembayaran zakat melalui mesin teller automatik (ATM), perbankan internet bankislam.biz dan kad kredit Bank Islam.

Dalam majlis itu, Pengarah Bank Islam, Dato’ Ahmad Tajudin Abdul Rahman berkata, antara satu kaedah untuk meningkatkan jumlah kutipan zakat dengan cara menyediakan saluran pembayaran yang moden dan efisen bagi memudahkan orangramai menunaikan kewajipan berzakat.

Katanya, “Sehingga Ogos 2003 sejumlah RM96,937.38 telah dikutip melalui kaunter-kaunter Bank Islam untuk PZS manakala sehingga September 2003 sebanyak RM139,399.17 berjaya dikutip untuk PPZ”.

Majlis MOU antara Bank Islam dengan PPZ dan PZS dimeterai oleh Pengurus Besar Bank Islam, Wan Ismail Wan Yusoh. Manakala PPZ diwakili Pengerusinya, Dato’ Haji Abdul Rahim Abu Bakar dan PZS diwakili ahli lembaga pengarahnya Tuan Safiee Mohd Yusoff. Majlis ini disaksikan Dato’ Ahmad Tajudin Abdul Rahman.

 
Arkib Berita 2007 2006 2005 2004 2003
 
© Copyright PPZ 2006