Kutipan
zakat harta PPZ naik 25 peratus
Oleh: Razali Md Jani
Kuala Lumpur, 9 Oktober 2003
- Kutipan zakat harta Pusat Pungutan Zakat (PPZ) awal
tahun sehingga September ini berjumlah RM49.7 juta
iaitu meningkat sebanyak 25 peratus berbanding tahun
lalu dalam tempoh yang sama, kata Pengerusi PPZ, Dato’
Haji Abdul Rahim Abu Bakar.
Katanya, kutipan tertinggi adalah
zakat pendapatan iaitu sebanyak RM34.3 juta, zakat
perniagaan RM6.2juta, zakat wang simpanan RM4.2juta,
zakat harta RM4.5juta, qadha zakat RM123 ribu dan
lain-lain kutipan RM183 ribu.
Dato’ Abdul Rahim berkata,
bilangan pembayar turut meningkat sebanyak 12.6 peratus
berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama iaitu
25,719 orang. Bagi tahun 2002 bilangan pembayar dalam
tempoh sembilan bulan berjumlah 22,851 orang.
Menurutnya, walaupun dari segi jumlah
kutipan zakat menunjukkan peningkatan, namun PPZ tidak
hanya menekankan tanda ringgit semata-mata tetapi
berusaha menambah bilangan para pembayar zakat.
PPZ mensasarkan jumlah kutipan zakat
tahun ini sebanyak RM80 juta.