Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menerusi tanggungjawab sosial korporat Khaira PPZ telah bekerjasama dengan Mitron Group Sdn. Bhd. bagi projek agihan daging kepada golongan yang memerlukan di lapan lokasi berbeza serentak.
3 kilogram daging diagihkan kepada setiap 3,000 penerima yang terdiri daripada Pertubuhan Generasi Pemandu Teksi (GAPTEX KLIA), Kelab Kebajikan Anak Borneo Selangor, Pertubuhan Pemacu Inovasi Wanita Cemerlang Kuala Lumpur, Persatuan Kebajikan Usiamas Malaysia, Pertubuhan Pembangunan Pertiwi, Belia & Kemanusiaan Malaysia, PPR Kerinchi, PPR Hiliran Ampang dan golongan B40 di Shamelin Perkasa dengan nilai keseluruhan agihan sebanyak RM315,000.
Projek ini bertujuan untuk menyantuni mereka yang memerlukan di samping berkongsi rezeki bagi mengurangkan beban masyarakat menghadapi suasana sukar ekonomi negara. Di samping itu, projek infaq ini juga adalah salah satu usaha dalam menyebarluaskan lagi dakwah zakat di kalangan syarikat-syarikat korporat di Malaysia.
Majlis telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Turut hadir Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Seri Syed Ali Al Habshee dan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, serta Pengarah Urusan Mitron Group Sdn. Bhd, Dr Ahmad Rusydi Mohamad.
Leave a Comment