Satu majlis penyerahan sumbangan buku teks kelas agama fardu ain (KAFA) kepada murid tahun satu di 19 buah sekolah KAFA telah diadakan di Wilayah Persekutuan Labuan. Sumbangan ini merupakan hasil daripada wang wakalah individu pembayar zakat PPZ-MAIWP di Labuan.
Sebanyak RM6,539 telah diperuntukkan untuk pembelian buku teks KAFA yang merangkumi pelbagai subjek pelajaran seperti buku Al-Quran, Ibadah, Akidah, Jawi, Bahasa Arab, Sirah dan Akhlak. Sumbangan ini adalah untuk memastikan kelangsungan pelajar-pelajar di Labuan terutamanya pelajar yang miskin dan tidak berkemampuan untuk mendalami ilmu agama.
Simbolik penyerahan bantuan tersebut telah disampaikan oleh Penolong Pengurus Besar Cawangan Labuan PPZ-MAIWP, Mohd Hakemal Husain kepada Ketua Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan, Ustazah Syaridah Zainal Abidin yang mewakili 130 pelajar berkenaan. Turut hadir dalam majlis penyerahan sumbangan tersebut Penolong Pengarah Kanan JAWI Labuan, Ustaz Mohd Ghaus bin Musa.
19 buah sekolaj KAFA di Wilayah Persekutuan Labuan yang telah menerima sumbangan ini adalah:
- KAFA Baitul Hidayah Flat JKR
- KAFA Rancha-Rancha Laut
- KAFA Balai Raya Kg. Gersik
- KAFA Surau Uwais Al-Qarani, Kg. Pantai
- KAFA Kg. Lajau
- KAFA Masjid Nuriman Kg. Ganggarak
- KAFA SK Tanjung Aru
- KAFA IOFC Kerupang
- KAFA Al-Badar Batu Manikar
- KAFA Kg. Pohon Batu
- KAFA Nurhikmah Kilan Kassim
- KAFA Ar-Raudhah Bukit Kuda
- KAFA Surau Al-Irshad Kilan Pulau Akar
- KAFA Perumahan LDA Sg. Bedaun
- KAFA Kg. Muslim
- KAFA Al-Hidayah Kiamsam
- KAFA Ar-Rosyidah Kg. Kiamsam Wawasan
- KAFA Belukut
- KAFA As-Shobirin Kg Baru Pulau Daat
Leave a Comment