Kuala Lumpur ? Associate Professor Dr Necmettin Kizilkaya, Istanbul University of Turkey berkata Turkey adalah negara yang mempunyai sistem wakaf terbaik.
?Kami mempunyai sistem wakaf antara yang terbaik di dunia namun kami masih belum ada sistem zakat khas yang diuruskan oleh institusi seperti PPZ-MAIWP,? kata beliau di dalam pertemuan singkat bersama Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff.
Pertemuan tersebut lebih kepada sesi perkongsian oleh PPZ-MAIWP selaku institusi yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan hal kutipan zakat di Wilayah Persekutuan yang dibentangkan oleh Penolong Pengurus Besar Pembangunan Modal Insan PPZ-MAIWP, En Amran Hazali.
?Satu sesi yang padat dengan info dan saya mengucapkan terima kasih kepada PPZ-MAIWP kerana menerima baik kunjungan kami,? kata Necmettin.
Pertemuan selesai dengan pertukaran cenderahati oleh kedua-dua pihak.