Kuala Lumpur – Firma-firma audit dan M.A.T.A telah perbaharui perjanjian bersama PPZ-MAIWP untuk terus berkhidmat sebagai ejen PPZ-MAIWP di sekitar Wilayah Persekutuan.
Disamping pembaharuan perjanjian antara PPZ-MAIWP dan firma-firma tersebut, majlis juga menekankan untuk mengeratkan silaturrahim antara PPZ-MAIWP dan firma disamping meningkatkan motivasi kesedaran dakwah dalam konteks membantu PPZ-MAIWP menjalankan tugas-tugas dakwah berzakat.
?Pembaharuan ini adalah hasil dari peningkatan kutipan zakat dari tahun ke tahun yang telah ditunjukkan oleh firma-firma dan M.A.T.A,? kata Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP.
Turut hadir Timbalan Ketua Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Abdul Hakim Amir Osman.