Cheras ? Mohd Fauzi Mohamad Hassim telah berjaya merangkul hadiah tempat pertama apabila logo ciptaannya berjaya memikat hati juri sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,500. Pertandingan Mencipta Logo Sahabat Zakat ini telah menerima penyertaan sebanyak 70 orang dan 130 logo dipertandingkan bermula Februari hingga Mac 2017 yang lepas.
?Pertandingan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat khususnya Sahabat Zakat berkreatif berkonsepkan Islamik,? kata Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Hj Rais Hj Alias di dalam ucapan beliau.
Selain penyampaian hadiah, di dalam majlis yang sama turut diadakan pelancaran ?FB Page? Sahabat Zakat yang baru ditubuhkan bagi mendekatkan Sahabat Zakat antara satu dengan lain dan juga mendekatkan PPZ-MAIWP dengan mereka.
Senarai Pemenang
- Mohd Fauzi Mohamad Hassim
- Mohamad Nur Azizi Basri
- Hamdan Abd Mubin
- Syed Muhammad Ali Afdhal Assegaf Syed Mohammad
- Farrah Dayana Zainuki
- Noor Haida Zainal Abidin
- Siti Zulaikha Abd Halim
- Nurul Azwani Abdul Rahman