Putrajaya ? Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) sekali lagi tampil berbeza dengan menganjurkan Karnival Zakat 2015 yang turut melibatkan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Baitulmal-MAIWP) dengan sekaligus menggambarkan ‘2 dalam 1’ dimana terdapat booth kutipan dan agihan. Penganjuran mendapat kerjasama erat bersama Perbadanan Putrajaya, Masjid Putra, ProMedia dan Al-Ikhsan. Objektif karnival diadakan adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada masyarakat akan peranan yang dimainkan oleh kedua-dua pihak iaitu PPZ-MAIWP dan Baitulmal-MAIWP juga sempena ulang tahun ke 25 PPZ-MAIWP, Jubli Perak.
Pelbagai aktiviti telah disediakan untuk pengunjung yang hadir bermula dari kanak-kanak hingga dewasa. Untuk kanak-kanak, pertandingan Mewarna dan Kids Fashion telah disediakan oleh penganjur yang menerima penyertaan sebanyak 12 orang peserta bagi dua kategori iaitu 1-2 tahun dan 3-5 tahun. Manakala, slot Bicara Selebriti, Unplugged Selebriti dan penampilan khas bersama Kevin Zahari disediakan bagi remaja. Program turut menyediakan slot bagi ibu bapa iaitu Istimewa Bersama Chef Ammar yang membuat demo masakan secara langsung khas buat ibu bapa. Terdapat juga gerai-gerai pameran dari pelbagai agensi seperti Darussyifa, Simulator F1, Playstation 4, gerai pameran dari Institut Kemahiran Baitulmal, photobooth dan Pos Malaysia.
Karnival telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Yang Bahagia Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.