Tujuan penubuhan skim pemberian bantuan
kecemasan oleh Skuad Bantuan Kecemasan bagi membenarkan PPZ
memberikan sedikit bantuan kepada mangsa musibah dengan segera.
Penubuhan skuad ini adalah berdasarkan rasa perikemanusiaan
yang begitu mendalam oleh pengurusan dan warga PPZ terhadap
kesengsaraan mangsa-mangsa bencana. Atas dasar Tanggungjawab
Sosial tersebut, pihak pengurusan telah meluluskan bantuan
kecemasan sebanyak antara RM 150 dan RM 300 bagi satu keluarga.
Musibah yang dimaksudkan adalah kesusahan
yang menimpa seseorang akibat bencana alam, contohnya seperti
tanah runtuh,ribut,kebakaran, banjir dan lain-lain yang boleh
termasuk bencana alam.
PPZ sekurang-kurangnya dapat meringankan
beban masyarakat Muslim yang dilanda musibah sebagai memenuhi
tanggungjawab sosialnya.Dengan usaha ini, PPZ berkesempatan
mendekatkan dirinya dengan semua golongan masyarakat khususnya
di Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Pengoperasiannya meliputi zon-zon seperti
kawasan Kepong, Batu, Wangsa Maju, Setiawangsa, Titiwangsa,
Segambut, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Cheras,Seputih, Bandar
Tun Razak dan Putrajaya.
Adalah menjadi misi PPZ melalui skuad ini
akan terus mempergiatkan operasi dan kecekapan unit ini agar
dapat mencapai matlamat asal penubuhannya iaitu membela umat
Islam di dalam kesusahan akibat bencana.
|